Wednesday, July 29, 2015

Sidang Media Khas: Muhyiddin berjanji laksana tugas parti


KUALA LUMPUR 29 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan meneruskan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) biarpun telah digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan semalam.

Beliau berkata, sebagai ahli parti yang bertanggungjawab, tugas tersebut perlu dipikul dengan sebaik-baiknya demi masa depan parti dan negara.

“Sebagai Timbalan Presiden parti, saya ada amanah dan tanggungjawab yang harus saya pikul dengan sebaik-baiknya, jika saya gagal laksanakan tugas itu bermakna saya pecah amanah yang diberikan.

“Walaupun digugurkan dalam barisan Kabinet, sebagai seorang Islam saya terima dan tidak boleh menolak. Saya terima dengan hati terbuka dan tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku terhadap saya kerana apa yang saya nyatakan adalah hak dan benar,” katanya dalam sidang akhbar khas di kedimana beliau di sini hari ini.

0 comments:

Post a Comment