Tuesday, July 28, 2015

Ahmad Zahid berjanji bantu Perdana Menteri


PUTRAJAYA 28 Julai - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang baharu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berjanji untuk memberikan perkhidmatan terbaik bagi membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengurus dan mentadbir negara.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menyifatkan pelantikannya itu sebagai satu tanggungjawab besar yang diamanahkan oleh Perdana Menteri kepadanya.

Ahmad Zahid turut meminta semua Menteri Kabinet dan pemimpin UMNO memberi sokongan padu kepadanya dan seluruh barisan Kabinet baharu.

“Terima kasih atas kepercayaan Perdana Menteri, ini bukan satu habuan tapi satu tanggungjawab yang harus dilakukan kepada rakyat.

“Saya minta rakan-rakan dalam Kabinet, ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Bahagian dapat memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Insya-Allah saya akan bantu (kepimpinan negara),” katanya dalam sidang akhbar selepas pengumuman pelantikan barisan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

0 comments:

Post a Comment