Tuesday, August 18, 2015

Selangor cadang hapus air percuma yang dijanjikan dalam manifesto PR


Pemberian 20 liter air percuma adalah janji Pakatan sebelum pilihanraya umum ke 13 lalu, ia kesinambungan dari menifesto Pakatan pada PRU12 yang menyaksikan gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP mengambil alih pemerintahan negeri termaju di Malaysia itu.

Apabila sebut air percuma orang akan ingat bekas MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ia merupakan legasi dan kini kerajaan negeri pimpinan MB Azmin Ali mahu menghapuskannya.

Menurut Azmin, Kerajaan Selangor bercadang untuk meneliti semula skimtersebut berikutan terdapat rakyat menggunakan air percuma itu bagi tujuan lain seperti berkebun dan kolam renang.

“Sedangkan rakyat miskin yang tidak ada kolam air tidak mendapat manfaat,” katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim mengenai sama ada kerajaan negeri akan teruskan program pemberian air percuma selepas penstrukturan air Selangor dimuktamadkan.

Sehubungan itu, kajian itu akan dibahaskan dalam sidang akan datang ketika pembentangan Bajet 2016.

“Tetapi setakat ini belum ada hasrat untuk batalkan. Kita akan kaji apakah program ini dapat diperbaiki supaya kumpulan sasaran dapat manfaat perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan negeri,” katanya lagi.-Agenda Daily:18/8/2015

0 comments:

Post a Comment